Catatan Popular

Rabu, 1 Oktober 2014

Mengerikan....badan terpisah.

Ngeri,penunggang motorsikal maut digilis lori: http://youtu.be/9LH6XXpnrdU

Khamis, 18 September 2014

krabi trip bersendirian: Krabi trip 3 hari 2 malam (hari ke 2 & 3)12/09/14

krabi trip bersendirian: Krabi trip 3 hari 2 malam (hari ke 2 & 3)12/09/14:last part

Setelah seharian penat dilautan,semua pelancong pun dihantar pulang ke hotel masing-masing,biar pun terpaksa pulang lebih awal dari apa yang dijadulkan,namun terpancar kepuasan diwajah,ini adalah satu pengalaman yang amat berharga...



Namun aktiviti masih belum berakhir di situ,sampai sahaja di hotel,aku tidak terus ke bilik,tapi aku ke kolam renang yang berada di tingkat bawah,sebelum ke kolam renang,dapatkan dulu towel di kaunter pendaftaran.Kolam renang tidak begitu besar,namun sesuai untuk mencari ketenangan.





Setelah puas berenang di kolam renang,badan pun terasa agak letih,namun itu tidak membataskan aku untuk melakukan aktiviti seterusnya,selesai mandi n solat aku terus mencari motor untuk disewa,memang senang nk cari motor,nak sewa dari pihak hotel atau dari egen sewa motor,terpulang pada diri masing-masing.Kalau dari egen,ada bermacam-macam jenis motor,dari harga 150-600bath dan perlu tinggalkan passport sebagai cagaran..

Sudah dapat motor,apalagi ronda-rondalah,tapi sebelum meronda kena isi minyak dulu,harga minyalk disini boleh tahan mahalnya,1 liter lbh kurang 50bath,dan paling ckit boleh isi ialah 60bath.
Hari pun dah hampir gelap walaupun baru pukul 6pm(waktu malaysia 7pm) perut pun dah berbunyi,ada motor ni langkah boleh panjang sikit.Agak jauh dari hotel ada stall makanan yang murah sikit berbanding restoran,tapi jika anda seorng yang alergi,lebih baik cari restoran,kerana stall ni makanannya terdedah.



 

Selesai makan malam,jalan-jalan pula cari cenderahati dan tiket transpot untuk balik pada esok hari,bagi meraka yang suka memancing,dikrabi juga terdapat beberapa pakej memancing,seperti didalam katalog di bawah,harga serendah 1800bath,tak perlu bawa joran,mereka sediakan semua kelengkapan.Bagi sesiapa yang ingin merasa untuk memegang senjata,dikrabi terdapat juga pusat menembak dan banyak lagi tempat2 yang menarik,masa membataskan untuk aku merasai semua itu.




keesokkan paginya setelah selesai sarapan pagi,sementara menunggu van untuk ke hatyai tiba,aku sempat lagi untuk mencari beberapa helai baju untuk anak dan isteri,seawal 8am gerai menjual cenderahati sudah dibuka,tiba masa pula untuk memulangkan motor yang aku sewa,dan menunggu tibanya van.

Perjalanan dari krabi ke hatyai menaiki van hanya memakan masa selama 4jam dan tambang serendah 350bath,manakala seatnya  pula bagaikan menaiki sebuah kereta mewah,seperti Alphad atau vellfire,memang puas hati.Anda juga dilayan seperti seorang bos,dimana anda ingin berhenti driver van akan hantar ke destinasi yang anda mahu.


Perjalanan ke hatyai berhenti seketika di R&R Trang,disini ada diberikan masa selama 20 minit,dengan masa yang diberikan,bolehlah untuk anda makan,buang air n solat,terdapat surau yang luas dan selesa untuk menunaikan ibadah.Sampai sahaja di hatyai bus station,aku terus menaiki van ke pdg.besar tambang 50bath.

Percutian 3 hari 2 malam ke krabi adalah 1 percutiasn yang singkat,ini kerana banyak lagi tempat yang belum dilawati,tapi apakan daya,percutian aku sebenarnya adalah 1 penerjahan,dah bukannya cuti yang dirancang,apa-apa pun aku tetap berpuas hati sebab aku berjaya menjejakkan kaki ke krabi secara solo

Perbelanjaan 3hari 2 malam


hotel                    =  1340bath
pakej ke pulau   =    900bath
tambang van      =   450bath
slipper                 =   150bath
swiming items    =   500bath
sewa motor         =   150bath
makan   3h2m    =    380bath
cenderahati        =    650bath
t/up                      =   160bath
sunblock             =    185bath
ohters                 =    190bath
total                    = 6044bath (lebih kurang RM650)


Untuk mendapatkan penukaran mata wang lebih tinggi,tukarlah disempadan,seperti dipadang besar atau bukit kayu hitam....
Secara kasarnya nilai mata wang  thai n malaysia adalah,
10bath = rm1

dikrabi jika tukar Rm100 kita akan dapat 946bath,bergantung pada money changer,kena servey mana money changer yang menawarkan penukaran paling tinggi.


TAMAT.....SEKIAN...
Terima kasih kerana sudi membaca,ada sebarang kemyuskilan bolehlah tinggalkan komen diruang yang tersedia..

Sabtu, 13 September 2014

Krabi trip 3 hari 2 malam (hari ke 2 & 3)11/09/14



Setelah penat berjalan semalam mencari pekej ke pulau (harga ke phi phi island 900bath harga low season)dan shopping sedikit barang seperti swiming trung n selipar habis jugalah 450bath,maka pagi yg dinantikan pun menjelma,tidur tak lena kerna perasaan tidak sabar menghantui fikiran,di sebabkan ini adalah pengalaman pertama aku menjejakan kaki di krabi,seawal 5.00pg mata dah terbeliak,lagi pun waktu subuh dah hampir masuk..seawal 7 pagi aku sudah pun bersiap,kerna transport untuk ke pengkalan speedboat akan dtg pukul 8.00-8.30pg.


  

Sementara menunggu ketibaan tour transpot,aku mengisi kekosongngan perut,tidak jauh dari tempat penginapan aku terdapat sebuah warung,bersebalahan dengan masjid,disini agak payah nk mencari makanan seperti mee @ bihon goreng di waktu pagi,ape yg ade adalah pancake,bermacam2 citarasa pancake,pagi tu aku pilih tuk makan banana pancake,bagi pengunjung kali pertama jgn terperanjat dgn harga makanan di thailand,sememangnya harga makanan mereka memang agak mahal.Harga sepinggang pancake 30bath,dan bergantung pada citarasa pancake yg anda ingin makan,percaya atau tidak harga roti canai mereka 50bath,bersamaan rm5..


Menu sarapan dan harganya..
                                                                                                                                                                                
                 

Akhirnya apa yg ditunggu pun tiba,tour guide akan datang memanggil dengan menyebut nama bilik pelancong,jadi tak susahlah tuk kita mengenal siapa tour guide kita,setelah itu dia akan bagitau mana 1 kenderaan tuk kita naiki,sebab dalam 1 masa tu terdapat lebih dari 5 bas yg membawa pelancong,bayangkanlah kalau kena peak season,ntah berapa banyak agaknya..perjalanan ke pengkalan speedboat mengambil masa lebih kurang 30minit sebab dia akan collect setiap pelancong dari 1 hotel ke hotel yang lain..


     



Pulau pertama dilawati adalah Bamboo Island..Perjalanan dari Ao Nang beach ke bamboo island memakan masa selama 45minit,pada yang pertama kali naik boat dinasihatkan jgn terlalu ghairah tuk duduk dihadapan boat,dan pada yang ada sakit pinggan juga tak digalakkan tuk duduk dihadapan boat,ini kerna hentakan yang terlalu kuat pada bahagia hadapan,boleh menyebabkan tulang belakang anda sakit,silap hari bulan boleh retak atau patah.Ini pengalman aku yang sakit pinggan akibat hentakan yang terlalu kuat,2,3 hari juga menahan sakitnya tulang belakang ni..aduhhh...


   

Aktiviti di Bamboo island,boleh mengambil gambar atau sesiapa yang nak mandi pun boleh,airnya memang jernih kehijauan,aku sempat beramah mersa dengan beberapa pengunjung yang kebanyakkannya dari malaysia,antaranya yang di dalam gambar.50minit di bamboo island.


 



MAYA BAY masa tuk snorkelling

kepada yang baru nak belajar snorkelling dinasihatkan supaya memakai jeket keselamatan,biarpun anda seorang yang pandai berenang atau jaguh kampung...hahahaha..pakai jeket keselamatan dapat mengurangkan/melambatkan kepenatan..kalu tak caya cubalah...


Tiba masa untuk makan tengahari,berangkat ke phi2 island,makanan ala buffet telah siap menunggu,makanan ditanggung halal,sebab restoran muslim(sorry gambar lupa nak ambil sebab khusyuk makan)makanannya sedap,menepati citarasa,tapi tekak lain2kan,yang penting free,telah termaktub dalam pekej,termaksuk insuran kemalangan..berahat di phi2 island selama 1jam 30minit...




MONKEY BAY boleh bagi monyet makan....
VIKING BAY ambil gambar sahaja.....dalam proses baik pulih gua

Ada beberapa BAY tak dapat tuk dilawati kerna menurut kata tour guide ombak terlalu tinggi,bagai mengelakkan sebarang kemungkinan maka tempat tersebut tak dibenarkan tuk dilawati..

   

Destinasi terakhir ialah MOSQUITO ISLAND,kenapa di panggil pulau nyamuk,kerana memang terdapat banyak nyamuk di pulau ini,pada meraka yang bawa anak atau yang tidak mau mandi,disarankan supaya membawa mosquito spray,tapi jgn bawa shieldtox atau baygon,cukup sekadar body spary atau yang tampal,seelok-eloknya bawa dari rumah,kerna di krabi harganya lebih mahal.


Sedang kami semua berseronok snorkeling dan mandi-manda,salah seorang pelancong mengalami sesak nafas dan kebas2,jadi kami semua terpkasa pulang lebih awal dari masa yang sepatutnya kerna mangsa perlu di kejarkan ke klinik,mujur dalam group kami masa tu ada sorang staff nurse dari Finland,dapat juga mengenal pasti apa masalah sebenar yang berlaku,setelah di periksa ada asma rupanya,kepada sesiapa yang alergi atau ada masalah kesihatan,bila pergi bercuti bawalah skali ubat-ubatan yang patut,kerna dalam kes macam ni pihak insuran tidak bertanggungjawab,mujur awek ni x apa2 cuma masalah kecil aje.
Respact kat semua kerana berikan kerjasama untuk balik awal..Bila tiba dipengkalan,ada seorang juru foto menjual gambar setiap pelancong yang siap dibingkaikan pada harga 100bath,terpulang pada anda tuk beli atau pun tidak.

Siap sedia untuk menaiki bas,dan anda akan dihantar pulang ke hotel masing2 untuk berehat sebelum melakukan aktiviti yang lain.
tunggu sambungan hari ke 2 dan 3,ape aktiviti  seterusnya...



Jumaat, 12 September 2014

Krabi trip 3 hari 2 malam (hari pertama)10/09/14


13. Sept, 2014

Lone ranger krabi trip

Perjalanan bermula dari pdg.besar malaysia ke pdg.besar thai,menaiki van menuju ke hatyai pada kadar tambang 50bath dan memakan masa lbh kurang 1jam.
Dari bus stations hatyai terdapat 2 pilihan untuk ke krabi,menaiki van atau pun bus,aku pilih tuk menaiki bus,tambang bus ke krabi dari hatyai sekitar 239bath.
 Bus bertolak dari hatyai kira2 pukul 11.45am dn perjalanan memakan masa lbh kurang 6jam 2 jam lewat berbanding menaiki van,dan akan berhenti seketika di trang bus station.
Sampai saja di krabi bus station,untuk ke Ao Nang beach,menaiki moto adalah jalan yg paling cepat,perjalanan mengambil masa lbh kurang 15minit,sejauh 19km,tp tambang agak mahal sekitar 200bath.

Banyak pilihan hotel dan banyak juga ejen yg menawarkan harga bilik serendah 650bath,aku pilih ejen dari thai,book masa dalam perjalanan ke krabi,mudah dan boleh bayar melalui credit atau debit card.Harga bergantung pada sesuatu masa..harga lebih mahal jika kita book secara langsung dengan pihak hotal..




                
   
         
Hotel Haleeva Sunshine yg terletak tidak jauh dari pantai,berjalan kaki lbh kurang 10minit anggaran dalam 1km,hotel yang cantik dan sangat berbaloi..

Masjid yang terletak tidak jauh dari hotel,hanya beberapa meter sahaja,kemudahan yang cukup sempurna untuk umat islam menunaikan solat fardu...

Aktiviti di malam hari,samada nak pergi tgk show dari ceberet lady boy,shopping atau mencari pekej untuk hari esok..
                      
Terdapat beberapa pekej tuk ke pulau,bergantung pada citarasa masing2 dan bajet anda,antara tarikan para pelancung adalah trip ke phi phi don island,4 island dan hong island..Selain itu terdapat pekej tuk elepant tracking,atv dan lain2 serendah 300bath,bergantung pada musim sibuk atau tidak..
setelah penat berjalan mencari ape yang dihajati,badan pun penat masa untuk tidur.Ikuti kisah seterusnya pada hari ke 2 di krabi....